Lian Padukan - The Final Chapter

0
  بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم
Pada kali ini kami ingin berkongsi sebuah dokumentari yang dipetik dari Lian Padukan Martial Arts Academy yang memaparkan corak dan gaya seni Lian Padukan.

Kami berharap dokumentari ini akan menambahkan lagi semangat dan minat saudari-saudari semua untuk mempelajari seni ini. Wassalam.

 credit: Cikgu (Dr.)Hisham Giant

Majlis Melangir Pedang 2012

0

بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم


Dengan ini diumumkan Majlis Melangir Pedang 2012 akan diadakan pada 23 November 2012 (Jumaat malam Sabtu) bersempena 10 Muharam hari Asyura bertempat di Gelanggang Induk LP Johor Baharu. InsyaAllah, diharapkan kepada semua ahli Lian Padukan Malaysia yang berkesempatan dapat menghadiri majlis tersebut. Untuk keterangan lanjut boleh lah menghubungi terus Gelanggang Induk. Sekian.

Surah & Terjemahan

0

بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم




Salam Aidilfitri 2012 / 1433H

0
Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & batin kepada seluruh ahli keluarga Lian Padukan tidak kira dimana jua anda berada.

Kami berharap dan berdoa agar lebaran kali ini akan lebih bermakna serta mengukuhkan lagi tali persaudaraan sesama kita, InsyaAllah.

Khatam Istiadat 2012

0

بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم





1. Alhamdullilah, segala puji bagi Allah. Selesai sudah upacara Khatam Istiadat 2012 dengan jayanya pada Sabtu, 5hb Mei 2012.

2. Tahniah kepada peserta-peserta khatam dari KL/Selangor, Melaka, Johor & Terengganu kerana berjaya melepasi majlis dengan jayanya walaupun teruk dikerjakan oleh cikgu-cikgu khatam termasuklah saya sendiri yang tak tau kenapa pada malam tu dah naik syeikh.

3. Semua peserta khatam kali ini harus dipuji kerana mereka cukup yakin dan tidak takut untuk berdepan dengan cikgu-cikgu khatam, masing-masing semua mendulu daripada menanti. Tapi harus diingat.. "dulu engkau tiba aku".

4. Ucapan tahniah kepada 2 orang murid saya yang telah bergelar Cikgu Hasdan (LP Terengganu) dan Cikgu Rizal (LP Kajang).

5. Terima kasih yang tak terhingga kepada Ayahanda Dr. Haji Hasyim di atas segala tunjuk ajar & pengorbanan beliau memecahkan buah keras sampai berdarah kepalanya. Saya amat terharu.

6. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Dr. Din Misai (Pengerusi LP KL/Selangor), Cikgu Azhar, Cikgu Faizal, Cikgu Wana, Cikgu Ha Simpul, Cikgu Dr Hisyam Giant atas segala penat-lelah yang telah disumbangkan.

7. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Abg Din Gondrong, Pendekar cikgu Boy, Cikgu Dato Azmi, Cikgu Ain dan cikgu-cikgu Johor (minta maaf tak dapat sebut nama setiap orang).

8. Masa mula-mula saya belajar LianPadukan, cikgu saya selalu pesan nak jadi hebat kena buat ini :

Taat pada ibu, bapa dan guru. Ibu-bapa melahirkan kita, guru mendidik kita.
Ingatlah...walaupun dah khatam belum tentu memilikinya...

9. Sebelum mengakhiri tulisan pada kali ini, saya ingin berkongsi salah satu clip-video semasa majlis tersebut diadakan. Hanya ekslusif di LPTerengganu untuk tatapan pembaca sekalian. Wassalam.

video





Khatamun Nubuwwah

0

بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم




1- Khatamun bermaksud penutup, Nubuwwah ialah kenabian. Nabi S.A.W dicap dengan cap Khatmun Nubuwwah. Hikmahnya untuk menentukan bahawa nabi S.A.W itu yang menyudahi segala nabi dan rasul.

2- Maksud khatamun nubuwwah ialah, nabi yang penghabisan/terakhir. Maksudnya nama yang penghabisan menurut sejarah ialah nabi Muhammad SAW. Orang Islam dikehendaki mengamalkan sifat dan akhlak mulia yang ditinggalkan oleh baginda. Di samping itu kita juga dikehendaki memperbanyakkan zikru/ingat Allah dan berselawat kepada Nabi SAW.

3- Perkara ini tidak ada kaitan dengan perhiasan di dalam rumah, apa yang penting kita cuba amalkan sifat dan akhlak mulia baginda sepanjang hayat. Di samping itu kita diminta menghidupkan suasana islam di dalam rumah seperti memberi salam, berpakaian secara islam (tidak dedahkan aurat),solat jemaah, membaca al-Quran, membaca doa sebelum dan sesudah makan dan seumpamanya. Insya'Allah jika kita mampu amalkan ia akan dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Ibu saudaraku telah membawa aku kepada Rasulullah SAW. Maka dia berkata: Ya Rasulallah, anak saudaraku ini telah jatuh sakit, maka Baginda menyapu kepalaku dan mendoakan keberkatan padaku, kemudian Baginda mengambil wudhu’ maka aku pun minum air wudhu’nya. Kemudian aku bangun di belakang Baginda maka aku lihat satu cop yang terdapat antara bahu Baginda. (H.R Bukhari)


Ibrahim bin Muhammad pernah mendengar salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w. berkata:

Apabila ‘Ali k.w. menceritakan sifat Rasulullah s.a.w., maka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata: ‘Di antara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, iaitu Khatam para Nabi.’

(Riwayat Ahmad ‘Ubadah ad-Dlabi ‘Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari ‘Umar bin ‘Abdullah, dari ‘Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w.)

4- Semoga dengan ini dapat menambahkan lagi kefahaman dan kecintaan kita bersama tentang kelebihan dan kemuliaan sifat peribadi Rasulullah SAW.

Wallahu a’lam

a) http://mmy.permaijordan.com/?p=890
b) http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/28107

via: Cikgu Aimi

Mandi Penimbul Lian Padukan

1

  بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم




*Baca seterusnya di Lian Padukan Martial Arts Academy

via: Aimi

Belasungkawa

0
بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم




Kami warga LP (Terengganu) mengucapkan salam takziah kepada keluarga allahyarham Abd. Rahman Majid @ Pak Atan air batu, salah seorang tokoh dan lagenda buah pukul termahsyur di Kluang, Johor yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Rabu jam 5:00pm bersamaan 5 Muharam 1433H. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan orang yang soleh.

Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia

1

Kursus Lian Tasbih

0
  بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم









KURSUS : Lian Tasbih ( 45 Degree )
Hadiah : Applikasi / Buah Kipas Nandung
Oleh : Raja Buah Pukol - Ayahanda Dr Haji Mohammed Hashim Salleh
TARIKH : 12 November 2011 ( Sabtu )
MASA : 9.00 - 5.00 pm
TEMPAT : LPMAA gombak ( bergantung kepada penyertaan )
YURAN : BUKAN AHLI - RM150.00
AHLI Dewasa - RM100.00
AHLI / Bukan AHLI Bersekolah - RM 70.00

Setiap peserta pada kali ini akan didedahkan dengan teknik² serta kelebihan rembat & rejam tasbih, malah akan diajarkan taktik/teknik seperti kuncian (simpai, racik, etc). Yang paling dinantikan adalah "Pasung Buaya".

p/s: Jika saudara/i mempunyai sebarang pertanyaan atau kemuskilan boleh lah hubungi (dr.) Cikgu Sham
ditalian 016-7027449, atau layari laman web utama kami di www.lianpadukan.com

Pak Majid Klinik

0
  بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم
video

via : Cikgu Ayeen

Belasungkawa

0
  بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم





Innalillahi wa inna ilaihi roji`un.. Pa` Andak Abd. Wahab Awang telah kembali ke Rahmatullah 11:52am tadi di Rompin. Videonya pernah kami siarkan di halaman blog ini. Al-Fatihah.

via: Cikgu Aimi

Raja Buah Pukul Dari Selatan

0
  بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم

Setelah agak lama menyepikan diri dari sebarang berita (baca: cikgu Amy pergi bertapa), kali ini kami ingin berkongsi satu video klip terbaru LianPadukan dari slot Galeri Nasional, RTM1. Semoga dengan ini akan menambahkan lagi minat pada saudara-saudari diluar sana untuk belajar seni ini. Wassalam.






via : http://www.lianpadukan.com
 

Followers

Buku Tamu

 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com