sumber : http://malay.cari.com.my/redirect.php?fid=216&tid=249380&goto=nextnewset

LIAN
Lian adalah seni beladiri yg berasal dari China, tetapi telah lama menjadi permainan orang Melayu. Lian yg juga dikenali sebagai Buah Pukul adalah seni beladiri yg berkonsepkan "attack", bukan "defend". Terbahagi kepada pelbagai aliran seperti Buah Pukul Mersing, Silat Gayang Lima, Gerak Silat Lian, Silat Lian Yunan, dan Lian Padukan. Di bawah ni aku paste artikel dari wikipedia berkenaan beberapa aliran lian:

LIAN PADUKAN
Lian Padukan adalah sejenis seni beladiri yang berasal dari Yunnan, China. Ia dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul yang kini masyhur di selatan Semenanjung Malaysia.

Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka.Berita itu sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim, sultan Johor ketika itu, lalu baginda menitahkan pengawal peribadinya Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) untuk menyiasat kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta izin dari sultan untuk membawa sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu.Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka. Akhirnya, kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.

Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu.Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut.

Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing.Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).

Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Lian_Padukan
Pak Mat Kedidi memasukkan elemen Silat dan Tomoi ke dalam Buah Pukul Mersing, hasilnya lahirlah Lian Padukan. Lian Padukan adalah Buah Pukul Mersing yg dimasukkan elemen² Silat dan Tomoi, tetapi terasnya tetap Lian/Buah Pukul Mersing. Dalam satu dokumentari lama, Pak Mat Kedidi kata nama Buah Pukul tu tak begitu sedap, pukul, pukul, tak berapa sedap sangat jadi diubah lah kepada Lian Padukan. Beliau juga memberitahu maksud Lian Padukan iaitu Lian itu permainan manakala Padukan tu asalnya "pukulan campur aduk", dan kebetulan juga maknanya " Pada ALLAH Diserahkan Untuk Keselamatan Anda".

Lian Padukan menyerang menggunakan tangan, siku, kaki dan lutut. Apabila seseorang pengamal Lian Padukan itu benar² faham dengan konsep Lian Padukan, dia mampu mencipta gaya berlawannya sendiri.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Kepada Pelawat Yang Budiman,

Jika anda terpaksa menggunakan "Anonymous" sebagai pengenalan diri, sila letakkan nama anda atau nama samaran pada penghujung komentar anda. Ini adalah sebagai tanda keikhlasan anda memberi komen atau ulasan.

Terima Kasih.

 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com