Alkisah Anak Murid Derhaka

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Derhaka ikut kamus dewan bermaksud khianat, belot, durjana, berpaling tadah, curang, jahil, tentang.


Isu anak murid derhaka bukanlah isu yang baru tapi isu yang tak ada noktah sejak bermulanya ilmu beladiri itu sendiri. Guru bagai menatang minyak yang penuh mendidik anak muridnya dari tidak pandai sehinggalah layak digelar pendekar tetapi apa balasannya, DERHAKA yang dibalas.

Sepanjang perjalanan saya dalam pencarian ilmu beladiri ini sehinggalah bersama LP sekarang, sudah letih saya mendengar isu ini. Tak perlulah saya menyatakan nama-nama yang menderhaka, siapa yang makan cili dia yang merasa pedasnya, siapa yang makan nangka dia lah yang kena getahnya.

Taat pada ibu, bapa dan guru. Ibubapa melahirkan kita, guru mengajar kita. Itulah yang selalu ditekankan oleh Ayahanda Guru Haji Hasyim. Sehinggalah di dalam permainan pukul sekalipun mesti zahirkan ibu kita dahulu iaitu Jurus 1 kerana dialah ibu dialah guru, dialah awal dialah akhir.

Daripada tidak mengenal alif, ba, ta sehinggalah tahu apa itu alih, bubuh, terpa tanpa rasa jemu guru terus mengajar sehingga tamat dan dikhatamkan secara adat istiadat perguruan, maka layaklah murid itu digelar cikgu. Sayang seribu kali sayang, hujan panas ditengah hari rupanya.

Lupakah pada sumpah bai`ah mereka bahawasa-nya tidak akan sekali-kali menderhaka pada guru? Dipercayai oleh pemikiran orang-orang Melayu dahulu, mereka yang menderhaka atau bersubahat dengan penderhaka akan terkena TULAH. Wallahualam.

Guru ibarat ayah kepada anak murid. Ayah mana yang tidak bergenang air mata bila anaknya sudah tidak mengakui dirinya sebagai ayah, anak jenis apakah ini?

Kalau setakat buka perguruan baru dan cipta permainan sendiri tambah sana tambah sini supaya nampak lain dari permainan asal tanpa restu oleh guru, agak-agak apa kesudahannya? Kemana akhirnya? Sejarah telah terbukti, tak mengapa.

Akhir kata.. Ajal maut di tangan Tuhan, dunia ini ibarat roda. Meludah ke langit pasti akan jatuh ke muka sendiri, ibarat menepuk air didalam dulang tentu terpercik ke muka sendiri!

Wassalam,

Cikgu Amy LP



Comments
1 Comments

1 comments:

# written by cilired

Sebenarnya bukan sahaja yang menambah 1 atau 2 pukulan agar nampak berbeza semasa menubuhkan Perguruan Baru. Malahan ada yang sanggup mengatakan dia adalah waris kepada seni persilatan tersebut dan sanggup pula mengatakan dirinya anak kepada guru terdahulu? Sejak bile pula Emak dia bernikah dengan Tuan Guru itu? tambahan macam-macam lagilah bentuk pendehakaan terhadap Guru asalnya. Saya cerita ini dari kisah benar. Betul kata saudara, siapa makan cili dia terasa Pedas nya.

http://pencaksilatmelayuasli.blogspot.com/

Post a Comment

Kepada Pelawat Yang Budiman,

Jika anda terpaksa menggunakan "Anonymous" sebagai pengenalan diri, sila letakkan nama anda atau nama samaran pada penghujung komentar anda. Ini adalah sebagai tanda keikhlasan anda memberi komen atau ulasan.

Terima Kasih.

 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com