The Best Defence Is To Attack


Dalam Buah Pukul, tiada istilah guling-mengguling, melenting dan bertari. Buah Pukul bermaksud penumbuk itu buah, perisai (tapak tangan) itu pukul. Bila kita menumbuk, musuh menepis, kita melapis ataupun musuh menumbuk, kita melapis. Buah Pukul lebih banyak menekankan corak mendahului serangan daripada menanti serangan.

Konsep Buah Pukul inilah yang menjadi matapelajaran asas dalam Lian Padukan. Konsep Lian Padukan tidak jauh berbeza daripada konsep Buah Pukul yang asal. Secara asasnya, Lian Padukan mengajar cara serangan yang terus dan agresif. Intisari Lian Padukan terletak pada kebolehan pengamalnya untuk melancarkan teknik makan gerak kepada lawannya di mana itu akan menyebabkan lawannya gagal melancarkan sebarang bentuk serangan atau menahan.

Sekali pengamal Lian bergerak mara dan menyerang dalam jarak rapat, ia akan berterusan memberi tekanan melalui rangkaian serangan yang akan memusnahkan pertahanan lawan sehingga betul-betul menguasai keadaan. Pengamal Lian hanya akan berhenti menyerang setelah lawannya benar-benar telah dikalahkan. Oleh itu, Lian Padukan bukanlah satu seni yang pasif atau bertahan, tetapi lebih kepada pro-aktif, agresif dan berbahaya.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Kepada Pelawat Yang Budiman,

Jika anda terpaksa menggunakan "Anonymous" sebagai pengenalan diri, sila letakkan nama anda atau nama samaran pada penghujung komentar anda. Ini adalah sebagai tanda keikhlasan anda memberi komen atau ulasan.

Terima Kasih.

 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com