Ringkas, Logik & Praktikal



Ringkas, logik dan praktikal. Itulah LianPadukan. Kebanyakan seni beladiri berkonsepkan `defensive` iaitu bertahan, tetapi berlainan dengan LianPadukan bercorakkan `offensive` bermaksud menyerang lebih baik daripada menunggu serangan. OUR SPECIALITY ADALAH MENYERANG. Tidak perlu takut untuk menyerang tetapi kena lah tahu tekniknya.

Keistimewaan LianPadukan ini terletak pada teknik-tekniknya yang tidak mempunyai tangkapan, kuncian dan berguling-guling, malahan lebih menekankan kepada teknik pukul sahaja. LianPadukan hanya menggunakan senjata yang ada pada tubuh badan kita iaitu dipanggil Senjata 8.

2 penumbuk, 2 siku, 2 lutut dan 2 kaki yang digayakan dalam 5 arah. Tidak mengira sesiapa sahaja malahan kecil, besar, tua dan muda semuanya boleh belajar walaupun orang perempuan.

Corak latihan dan pertempuran berkonsepkan `street fight` iaitu pertempuran jalanan kerana itulah yang akan terjadi dalam kehidupan kita seharian. Seni LianPadukan terletak pada pukulan-pukulannya yang kasar dan keras bertujuan untuk menumpaskan musuh seberapa cepat yang boleh kerana dalam LianPadukan, BERDIRI ADALAH MUSUH!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Kepada Pelawat Yang Budiman,

Jika anda terpaksa menggunakan "Anonymous" sebagai pengenalan diri, sila letakkan nama anda atau nama samaran pada penghujung komentar anda. Ini adalah sebagai tanda keikhlasan anda memberi komen atau ulasan.

Terima Kasih.

 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com