Kursus Lian Tapak 100

بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم



lian padukanPada 27 hb Februari 2010, dengan jayanya telah berlangsung siri ke-2 Kursus Lian Tapak 100 bagi cikgu² daripada Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur yg khatam pada Julai 2009 yang lalu. Kursus kali ni turut disertai oleh cikgu² khatam terdahulu iaitu cikgu Din Misai, cikgu Boy Melaka, cikgu Kamal Pahang, cikgu Hisham Giant, cikgu Azhar, cikgu Wana, cikgu Amy dan tak lupa juga buat cikgu Raziman yg telah lama meghilangkan diri. Ucapan terima kasih buat cikgu Din Gondrong(abg long LP) yang turut sudi menyertai kursus kali ini.

Lian Tapak 100 atau dikenali juga dengan nama Tikam Seladang, Makam 7, Buah Seminggu & Pukulan 7 Hari adalah ilham dan kreativiti ayahanda Hj. Hasyim yang mana asalnya adalah sebanyak 12 tapak sahaja, seterusnya penambahan telah dibuat selama 10 tahun sehingga berjaya menjadi 100 tapak dan dizikirkan dengan Asma` Ulhusna.

Yang istimewanya kursus kali ini telah memperlihatkan banyak pertambahan pada Lian Tapak 100 ini dan disertai dengan teknik² yang terkini. Rasanya rugi besarlah pada cikgu² yang tidak menghadiri kursus kali ini kerana terlepas peluang melihat ayahanda sendiri membuat demo lian dan teknik²-nya. Banyak buah² baru dan lama yang telah ditunjukkan oleh ayahanda Hj. Hasyim dan cikgu Din Gondrong seperti buah Beruk Berayun, Asmara Dana, Kumai, Spring Dendam, Lawi Ayam, Racik, Cepu dan lain². Terima kasih yang tidak terhingga buat ayahanda Hj. Hasyim dan cikgu Din Gondrong atas tunjuk ajar yang telah diberikan. Buat cikgu Faizal, tahniah kerana dapat menunjukkan Lian Tapak 100 yang paling kreatif. Teruskan usaha anda.

Majlis tahlil untuk arwah guru² juga telah diadakan dan seterusnya yang di nanti²kan majlis penyerahan Nukil Salasilah Buah Pukul dan gambarajah Lian Tapak 100 pada cikgu² yang baru. Kursus kali ini telah berjaya mengeratkan hubungan antara cikgu² dari Johor, Pahang, Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Pesan daripada ayahanda Hj Hasyim, jaga-lah ilmu ini dengan baik² dan sayangi-lah ia. LianPadukan akan terus berkembang. Amin.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Kepada Pelawat Yang Budiman,

Jika anda terpaksa menggunakan "Anonymous" sebagai pengenalan diri, sila letakkan nama anda atau nama samaran pada penghujung komentar anda. Ini adalah sebagai tanda keikhlasan anda memberi komen atau ulasan.

Terima Kasih.

 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com