Soalan

بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم


1.Apa Tujuan Buah ?
2.Sebab Jadi Berlawan ?
3.Berapa Perkara Musuh Boleh Buat Jika Berada Pada Jangka ?
4.Berapa Luas Had Jangka ?
5.Kita sampai pada jangka kita Diam musuh Bubuh,kita buat apa?
6.Kita Tumbuk musuh pukul, kita buat apa?
7.Kita Be-ruat musuh Turut, kita buat apa?
8.Boleh ke ambil Jangka lebih dari selangkah?
Comments
9 Comments

9 comments:

# written by Anonymous

Salam,
Berat soalan ni...tak terjawab...saya yang cetek ilmu ni lagi laaaa tak paham langsung... Tapi, kalau tuan rajin, sila baca buku "Book of Five Ring" karang Musashi. Salah seorang legend dalam Samurai Jepun. Buku ni dia tulis during abad ke 17. Mungkin dia boleh jawab tapi dalam bentuk permainan pedang. Wassalam

# written by Anonymous

jawapan ni sume dah ada dalam syarah buah pukul.. napa tuan aimi x upload je buku syarah tu.. bole baca ramai, berkat kerana b'kongsi ilmu pun dapat insyaallah

# written by amy

insyaallah jika saya mendapat keizinan...terima kasih kerana menberi cadangan..

# written by Kelana

Assalammualaikum Cikgu,

Saya ada cadangan agar Lian Padukan terbitkan buku berkenaan pengenalan kepada aliran buah pukul ini sebagai rujukan dan capaian ilmu kepada umum. Pengisian kepada buku bergantung kepada maklum balas para guru-gurunya..JIka terbitnya buku berkenaan Lian Padukan ini, insyaallah ia akan menjadi bahan rujukan yang mungkin boleh menjadi sumber ilmiah untuk dikaji pada masa-masa akan datang..Kalau kita sedari tak banyak ya persatuan silat mendokumentasikan secara ilmiah mengenai aliran mereka. Wassalam

# written by amy

w'kumslm kelana...
terima ksih atas cadangan itu...sebenarnya saya sedang menulis buku LP..kajian terperinci perlu dilakukan..insyaallah tunggu saja kemunculannya...

# written by Kelana Putra

Assalammualaikum Cikgu,

Wah bagusla ada usaha untuk penulisan dan terbitan buku aliran buah pukul ini. Kalau dah terbit jangan lupa inform ye..Penulisan karya persilatan mungkin akan mumbuka minda awam terhadap gerakan-gerakan khusus. Pada pendapat saya, Cikgu boleh merujuk mana-mana buku-buku penulisan Silat sedia ada sebagai rujukan dalam usaha untuk mengarang, sebabnya contoh sudah ada. Namun untuk orang ramai memahaminya kena merujuk dan berguru. Pada pendapat saya, terbitan buku juga akan menjadi satu cara utk menarik mana2 pihak untuk datang belajar. Betul tak pendapat saya ni Cikgu? Sekadar berkongsi pendapat. Wassalam

# written by amy

w'kmslm...saya faham maksud saudara itu..terima kasih kerana memberi pandangan..setakat cakap dan buat saja sampai ke mana kita blh pergi..apa buktinya..zaman sekarang ni perlukan rujukan ilmiah salah satu cara untuk buka mata dan minda..

# written by Kelana Putra

Assalamualaikum,

Semoga apa yang bakal diusahakan oleh Cikgu kelak melalui penulisan akan dizahirkan suatu hari nanti insyaallah..Guru2 datang dan pergi, tetapi kitab2 karangan jua la yang akan menjadi teman, bukti bertulis, tempat rujukan, kupasan, kajian, mungkin akan dicetak semula jika ader permintaan dan perdebatan ilmiah di masa2 akan datang..Selamat berkarya..

Kelana Putra

# written by Anonymous

saya setuju dengan kelana putra, quote nya sangat bernas. silat LianPadukan yang dibukukan sangat berfaedah kepada umum dan pencinta aliran buah pukul. sepatutnya sudah dibuat awal2 lagi. saya harap pak hj.hashim boleh pertimbangkan, dan menepati standard terkini dalam dokumentary berbuku.

Post a Comment

Kepada Pelawat Yang Budiman,

Jika anda terpaksa menggunakan "Anonymous" sebagai pengenalan diri, sila letakkan nama anda atau nama samaran pada penghujung komentar anda. Ini adalah sebagai tanda keikhlasan anda memberi komen atau ulasan.

Terima Kasih.

 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com