Perlu Ke Baca Gerak Lawan?

بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم


Macam mana nak baca gerak lawan?
Soalan yang biasa kita semua dengar dalam dunia seni beladiri. Ada orang tengok mata, dada, bahu, pernafasan dan banyak lagi cara tertentu, tepuk dada tanya selera cara mana yang sesuai nak diamalkan dan diguna pakai.

Dalam Lianpadukan, pelatih tidak membaca gerak lawan sebaliknya belajar melihat apa yang bergerak dan mendatangi kita. Apa yang kita nampak? Yang terang atau yang gelap? Apa benda yang terang? Tangan, siku, lutut, kaki dan apa-apa lagi yang boleh sampai kepada kita.

Bila dah bergerak nak buat apa? Pukul sajelah apa yang datang… Macam mana nak pukul? Bila masa nak pukul? Kena lah tau syarat berdiri….Apa syarat berdiri? Ukuran dan jangka perlulah dipelajari, barulah diketahui syarat berdiri.

Dulu engkau tiba aku, ingat selalu pesan guru hendaklah mendulu jangan menunggu, bertalu-talu supaya tak tuwalu. Perlu di ingat perisai pada musuh, senjata pada kita.

Macam mana nak dapat dulu? Diam gerak gayang ruat. Booking lah dulu barulah dapat cepat kerana setiap yang dituju akan beralih.

Ada 1 soalan, apa kita nak buat apabila penumbuk dah di depan muka? Nak tau jawapannya, rujuk lah pada guru masing-masing. Rajin-rajinlah bertanya pada guru, kerana guru tidak kedekut akan ilmunya cuma murid yang malas bertanya. Setiap guru ingin melihat muridnya lebih pandai daripada guru itu sendiri.

Akhir sekali, berdirilah dengan jaga takala tekun yang satu, wujud perasaan sejati.
Comments
1 Comments

1 comments:

# written by Anonymous

syabas bete` :)

Post a Comment

Kepada Pelawat Yang Budiman,

Jika anda terpaksa menggunakan "Anonymous" sebagai pengenalan diri, sila letakkan nama anda atau nama samaran pada penghujung komentar anda. Ini adalah sebagai tanda keikhlasan anda memberi komen atau ulasan.

Terima Kasih.

 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com