Tiada Kongsi Ilmu Dalam Menuntut

بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم



Tidak ada perbuatan ‘kongsi ilmu’ dalam ilmu beladiri. Jika hendak menuntut dengan guru. Peminat dan pencinta seni beladiri perlu menghayati sejarah mana-mana perguruan tradisi yang mana konsepnya ‘berguru’. Adalah salah dalam adab perguruan atau melanggar pantang beladiri tradisi, jika ada ahli beladiri tanpa kebenaran atau restu membuat kajian untuk perbandingan. Perbuatan itu tidak akan dilakukan oleh mana-mana guru tradisi dan biadap kepada yang melakukannya.

Jika ada kemusykilan mengenai cara hendak mengatasi serang-serangan tertentu, rujuk kepada guru dan guru itu akan menunjukkan caranya.  Memangnya tidak dapat dinafikan ada guru mengabungkan ilmu yang dituntut dan ia tidak salah jika guru itu mendapat restu. Yang salahnya, ahli-ahli beladiri bukan guru dan lain perguruan, masuk gelanggang dan menguji ilmu yang diperolehi untuk perbandingan.

Perbuatan itu tidak tepat dilakukan dan boleh memberikan kesan negatif kepada yang tewas, maruah guru dan perguruan kerana perbuatan berkenaan tidak dapat perkenan guru terbabit dan bukan juga adat Melayu jika pihak silat yang terlibat.

Dipetik daripada Majalah Seni Beladiri, Mac 2010, m/s:57.
Comments
4 Comments

4 comments:

# written by Kelana

Assalamualaikum,

Memang betul apa yang diterangkan dalam majalah Senibeladiri itu. Tidak adil kepada mereka2 yang menuntut ilmu kadang2 berpuluh2 km, dengan duit minyak yang banyak, tol, isteri dan anak2 yang ditinggalkan semata2 utk menuntut ilmu silat (tak kira apa jenis), tiba-tiba org lain boleh minta free ajarkan..Nanti apa pula kata Guru yang mengajar..Kadangkala yang baru belajar itu tak mantap dari segi gerak laku, yang mana dikhuatiri kalau mengajar atau menunjukkan cara yang salah akan menyebabkan maruah Guru asal yang mengajar akan dipersoalkan pula..Wassalam

# written by Anonymous

bukan semua yang ditulis dalam majalah SB adalah benar atau terbaik untuk zaman ke21. janganlah menjadi kolot dan mundur kerana "adat". kamu mau minum air basuhan kaki raja? tidak bukan?
kalau menyenangkan penuntut belajar, apa salahnya? semua ilmu datangnya dari pencipta, dan kita harus maju kedepan."Hayya 'ala 'l-falah" mari menuju kejayaan!

# written by amy

tepuk dada tanya diri sendiri......ilmu kau ilmu kau,ilmu aku ilmu aku....

# written by Anonymous

perbezaan pendapat munkin?
walaubagaimanapun, amy harus menjawab pertanyaan saya, tentang lian kwangtung? apa yang amy tercari2? persamaan dalam wingchun kungfu?

Post a Comment

Kepada Pelawat Yang Budiman,

Jika anda terpaksa menggunakan "Anonymous" sebagai pengenalan diri, sila letakkan nama anda atau nama samaran pada penghujung komentar anda. Ini adalah sebagai tanda keikhlasan anda memberi komen atau ulasan.

Terima Kasih.

 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com