Kunjungan Berhari Raya 2010

 بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم
video


Pada hari sabtu, 2/10/10, saya telah berkunjung ke rumah guru utama LP, Ayahanda Hj Hasyim di JB. Tujuan ziarah untuk datang beraya. Peluang menziarahi tidak dilepaskan untuk terus belajar walaupun dah khatam.

Ayahanda telah memberi peluang kepada saya untuk mengikutinya dengan Cikgu Ain ke gelanggang Serindit,Larkin untuk ‘mengasah lengan’. Pucuk dicita ulam mendatang apa lagi dapat lah juga melepaskan gian nak berlengan. Gelanggang dikelolai oleh Cikgu Ain dan Cikgu Yip Man. Dalam hati tengok cara Cikgu Ain mengajar memang layak lah beliau digelar srikandi. Langsung tak bagi can pada anak murid. Sampai terpelanting anak murid dikerjakannya nasib baik tak masuk longkang. Syabas Cikgu Ain. Manakala Cikgu Yip Man sangat penyabar dalam mengajar anak murid. Ayahanda hanya memantau dari jauh.

Ayahanda juga telah menunjukkan kepada saya tekpi terbaru dalam koleksinya. Tekpi tembaga kuning yang telah berusia ratusan tahun dan tidak diketahui asal usulnya yang datang kepada ayahanda secara misteri…. Peluang tak dilepaskan beberapa gambar telah dapat di snap.
Ayahanda juga bersetuju gambarnya dirakam sewaktu saya bermain buah bersamanya. Terima kasih ayah..

Buat Cikgu Ain, terima kasih banyak-banyak atas segalanya terutamanya masakan yang sedap-sedap tu…


Oleh : Cikgu Aimi
Comments
6 Comments

6 comments:

# written by dan

aisehh..tgh syok layan background music, abes plak..he he.

# written by cikgu ayeen

sama-sama tapi yang pasti penangan cikgu aimi di ingati oleh ahli gelnggang sya..rumah ku sentiasa terbuka buat kalian...boleh kita mengasah lengan lagi!

# written by cikgu ayeen

corecction..cikgu yip man penyabar ha!!ha!!terkejut beruk lah cikgu man..kebetulan kita sampai cikgu man dah penat..kalau tidak lagi kejam!..

# written by amy

insyallah sy akan turun JB lg...hmmm bila ckgu Ain nak turun Trggnu plk?????

# written by dan

cikgu Ain, dok suka makan "kopok-leko" kot?, sbb tu ye takmboh mari sini..hehe ke guane cikgu Amy..

# written by cikgu ayeen

cikgu aimi:no problem sya ni kan personal driver 3 in 1 ha!!ha!!..kalu ayah pegi adalah saya..
DAN:alamak kurg faham!..mu jange ingag ambo dok suka makang "kepok"..guane muu berehhh..sokmo..(klu slah harap maaf)

Post a Comment

Kepada Pelawat Yang Budiman,

Jika anda terpaksa menggunakan "Anonymous" sebagai pengenalan diri, sila letakkan nama anda atau nama samaran pada penghujung komentar anda. Ini adalah sebagai tanda keikhlasan anda memberi komen atau ulasan.

Terima Kasih.

 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com