Sesudah Grading

بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم



Catatan daripada pengalaman….

Biasanya sebelum grading semua bersemangat, berlatih dengan bersungguh². Setiap jurus, lian, aplikasi semua dikemaskan dan difahamkan. Pada hari grading dengan penuh yakin semua pelajaran yang dipelajari di tunjukkan. Akhirnya berjaya melepasi ujian grading.

Tapi selepas hari grading, jumlah pelajar di gelanggang semakin berkurangan…Tak tau apa dah jadi. Mana perginya semangat yang berkobar² sebelum grading.

Nak salahkan siapa? Salah cikgu ke salah pelajar? Orang tua² berkata…Alang² menyelup pekasam biar sampai ke lengan.

Muhasabah balik diri, tanya balik diri sendiri untuk apa aku belajar LianPadukan? Sudah cukup ke pelajaran yang aku ada? Sudah puas hati ke? Tak nak ke belajar sampai tahu keputusan ilmu? Tak teringin ke nak belajar sampai khatam?

Tepuk dada tanya diri sendiri….


Oleh: Cikgu Aimi
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Kepada Pelawat Yang Budiman,

Jika anda terpaksa menggunakan "Anonymous" sebagai pengenalan diri, sila letakkan nama anda atau nama samaran pada penghujung komentar anda. Ini adalah sebagai tanda keikhlasan anda memberi komen atau ulasan.

Terima Kasih.

 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com