Lian Padukan Di Bumi Terengganu



  بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم


  1. Setelah hampir 3 tahun (+/-) lamanya LP hidup dibumi Terengganu secara "underground", akhirnya dari kecil kami semakin besar dan terus membesar.
  2. Ta`kan sekali-kali kami lupakan jasa dan pengorbanan Cikgu Amy kerana memperkenalkan seni permainan ini kepada kami semua.Terima kasih cikgu :)
  3. Bersama ini juga kami paparkan sedikit foto yang sempat di-snap semasa aktiviti latihan LP pada bulan November 2010 yang lepas.
  4. Kami menyeru dan menjemput kepada warga Terengganu yang berminat untuk mengetahui,melihat,belajar dsb agar menghubungi Cikgu Amy atau datang terus di alamat seperti yang tertera di ruangan 'Kelas Latihan'. Jangan malu, jangan segan ya!
  5. Sempena tahun baru 2011 yang bakal tiba beberapa hari lagi, kami berdoa agar seni permainan Lian Padukan yang kami cintai ini akan terus subur di bumi Terengganu. Semoga tahun ini nanti akan memberi pengertian yang cukup bermakna buat kami dan pencinta Lian Padukan semua. Insyaallah.

     
Comments
3 Comments

3 comments:

# written by Anonymous

semoga berjaya lianpadukan terengganu dan bertambah murid ciku amy.

daripada:
lianpadukan kajang.

# written by dan

Terima kasih lianpadukan kajang :)
Kita seguru.

# written by Anonymous

Salam,

kepada murid baru jangan malu-malu tanya soalan atau buah pada ciku amy. kerana beliau banyak rahsia dan bukan seorang yang kedekut ilmu.

lianpadukan kajang.

Post a Comment

Kepada Pelawat Yang Budiman,

Jika anda terpaksa menggunakan "Anonymous" sebagai pengenalan diri, sila letakkan nama anda atau nama samaran pada penghujung komentar anda. Ini adalah sebagai tanda keikhlasan anda memberi komen atau ulasan.

Terima Kasih.

 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com