Lian Padukan@MHI.TV3


  بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم

Assalamualaikum…

Pertama kali TAHNIAH diucapkan pada LIANPADUKAN diatas kemunculan di Malaysia Hari Ini (MHI) pada slot pagi Rabu 26/01/2011. Terima kaseh kepada pihak TV3.

LP telah membuat kemunculan di kaca TV3 setelah berjaya keluar di muka akhbar Utusan Malaysia, Sabtu 22/01/2011.

Apa yang saya nak tegaskan di sini, walaupun LP telah difitnah dengan teruk oleh si bangsat yang tak puas hati tetapi LP tetap mengorak langkah untuk terus TERKENAL.

Kami tidak menjadikan fitnah² itu sebagai pelemah semangat tapi sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dan berkembang. Terima kasih daun keladi, kalau ada saya nak lagi… diucapkan pada si bangsat semua. Kami sikit pun tak gentar, setakat bergegar dalam shoutbox tak kemana, kita orang dah keluar akhbar dan tv, 1Malaysia dah bergegar. Tunggu projek yang seterusnya akan menyusul…..

Terima kasih diucapkan pada semua yang terlibat terutama Y.D.P Ayahanda Hj Hasyim, Cikgu Din Misai, Cikgu Sham Giant, Cikgu Ayen, Cikgu Boy, Cikgu Dato’ Azmi, Cikgu Faizal, Cikgu Wana, Cikgu Raziman dan ahli² dari KL, Melaka dan Johor yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan rakaman tersebut.

Kepada warga LP perlu diingatkan, teruslah bersatu padu dengan cara ini sajalah kita akan terus berjaya. Jangan dilayan gangguan² yang tak berfaedah, tak guna dilayan.

Oleh: Cikgu Amy

p/s: system audio video diatas ada sedikit masalah teknikal yg tak dpt dielakkan, kami akan update video dgn system audio sebenar.
Comments
1 Comments

1 comments:

# written by cikgu ayeen

waah..dah lama x komen kt ruangan cikgu aimi...website cikgu aimi ni macam cikgu aimi sentiasa sensasi...saya sokong 100% apa yang di sarankan cikgu aimi..kita terjun dengan labu2nya dorang terjun tak pakai labu tu yang tenggelam terus tak timbul2 hehe..apa2 pun saya mewakili gelanggang induk mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu aimi dan seluruhnya kerana tanpa usaha bersama tiada lah kita kemana...semoga di tahun baru ini kita lebih baik dari sebelum,dan langkah lp ke serata dunia..untuk pengethuan cikgu aimi rupanya dalam diam2 kita (lp) mempunyai peminat di moroco dan juga amerika insyAllah kita cuba usahakan utk ke arah itu..jangan pandang belakang kita terus maju "BERSATU KITA TEGUH,BERCERAI KITA ROBOH" dan saya harap kita semua boleh di tegur dan jangan simpan dalam hati..jadi lah insan yang menerima apa saja teguran ye tak cikgu aimi...supaya ukhuah kita hingga ke nafas yg terakhir insyAllah...HIDUP LIANPADUKAN!!!

Post a Comment

Kepada Pelawat Yang Budiman,

Jika anda terpaksa menggunakan "Anonymous" sebagai pengenalan diri, sila letakkan nama anda atau nama samaran pada penghujung komentar anda. Ini adalah sebagai tanda keikhlasan anda memberi komen atau ulasan.

Terima Kasih.

 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com