Khatamun Nubuwwah


بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم




1- Khatamun bermaksud penutup, Nubuwwah ialah kenabian. Nabi S.A.W dicap dengan cap Khatmun Nubuwwah. Hikmahnya untuk menentukan bahawa nabi S.A.W itu yang menyudahi segala nabi dan rasul.

2- Maksud khatamun nubuwwah ialah, nabi yang penghabisan/terakhir. Maksudnya nama yang penghabisan menurut sejarah ialah nabi Muhammad SAW. Orang Islam dikehendaki mengamalkan sifat dan akhlak mulia yang ditinggalkan oleh baginda. Di samping itu kita juga dikehendaki memperbanyakkan zikru/ingat Allah dan berselawat kepada Nabi SAW.

3- Perkara ini tidak ada kaitan dengan perhiasan di dalam rumah, apa yang penting kita cuba amalkan sifat dan akhlak mulia baginda sepanjang hayat. Di samping itu kita diminta menghidupkan suasana islam di dalam rumah seperti memberi salam, berpakaian secara islam (tidak dedahkan aurat),solat jemaah, membaca al-Quran, membaca doa sebelum dan sesudah makan dan seumpamanya. Insya'Allah jika kita mampu amalkan ia akan dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Ibu saudaraku telah membawa aku kepada Rasulullah SAW. Maka dia berkata: Ya Rasulallah, anak saudaraku ini telah jatuh sakit, maka Baginda menyapu kepalaku dan mendoakan keberkatan padaku, kemudian Baginda mengambil wudhu’ maka aku pun minum air wudhu’nya. Kemudian aku bangun di belakang Baginda maka aku lihat satu cop yang terdapat antara bahu Baginda. (H.R Bukhari)


Ibrahim bin Muhammad pernah mendengar salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w. berkata:

Apabila ‘Ali k.w. menceritakan sifat Rasulullah s.a.w., maka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata: ‘Di antara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, iaitu Khatam para Nabi.’

(Riwayat Ahmad ‘Ubadah ad-Dlabi ‘Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari ‘Umar bin ‘Abdullah, dari ‘Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w.)

4- Semoga dengan ini dapat menambahkan lagi kefahaman dan kecintaan kita bersama tentang kelebihan dan kemuliaan sifat peribadi Rasulullah SAW.

Wallahu a’lam

a) http://mmy.permaijordan.com/?p=890
b) http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/28107

via: Cikgu Aimi

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Kepada Pelawat Yang Budiman,

Jika anda terpaksa menggunakan "Anonymous" sebagai pengenalan diri, sila letakkan nama anda atau nama samaran pada penghujung komentar anda. Ini adalah sebagai tanda keikhlasan anda memberi komen atau ulasan.

Terima Kasih.

 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com