Khatam Istiadat 2012


بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم





1. Alhamdullilah, segala puji bagi Allah. Selesai sudah upacara Khatam Istiadat 2012 dengan jayanya pada Sabtu, 5hb Mei 2012.

2. Tahniah kepada peserta-peserta khatam dari KL/Selangor, Melaka, Johor & Terengganu kerana berjaya melepasi majlis dengan jayanya walaupun teruk dikerjakan oleh cikgu-cikgu khatam termasuklah saya sendiri yang tak tau kenapa pada malam tu dah naik syeikh.

3. Semua peserta khatam kali ini harus dipuji kerana mereka cukup yakin dan tidak takut untuk berdepan dengan cikgu-cikgu khatam, masing-masing semua mendulu daripada menanti. Tapi harus diingat.. "dulu engkau tiba aku".

4. Ucapan tahniah kepada 2 orang murid saya yang telah bergelar Cikgu Hasdan (LP Terengganu) dan Cikgu Rizal (LP Kajang).

5. Terima kasih yang tak terhingga kepada Ayahanda Dr. Haji Hasyim di atas segala tunjuk ajar & pengorbanan beliau memecahkan buah keras sampai berdarah kepalanya. Saya amat terharu.

6. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Dr. Din Misai (Pengerusi LP KL/Selangor), Cikgu Azhar, Cikgu Faizal, Cikgu Wana, Cikgu Ha Simpul, Cikgu Dr Hisyam Giant atas segala penat-lelah yang telah disumbangkan.

7. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Abg Din Gondrong, Pendekar cikgu Boy, Cikgu Dato Azmi, Cikgu Ain dan cikgu-cikgu Johor (minta maaf tak dapat sebut nama setiap orang).

8. Masa mula-mula saya belajar LianPadukan, cikgu saya selalu pesan nak jadi hebat kena buat ini :

Taat pada ibu, bapa dan guru. Ibu-bapa melahirkan kita, guru mendidik kita.
Ingatlah...walaupun dah khatam belum tentu memilikinya...

9. Sebelum mengakhiri tulisan pada kali ini, saya ingin berkongsi salah satu clip-video semasa majlis tersebut diadakan. Hanya ekslusif di LPTerengganu untuk tatapan pembaca sekalian. Wassalam.

video





Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Kepada Pelawat Yang Budiman,

Jika anda terpaksa menggunakan "Anonymous" sebagai pengenalan diri, sila letakkan nama anda atau nama samaran pada penghujung komentar anda. Ini adalah sebagai tanda keikhlasan anda memberi komen atau ulasan.

Terima Kasih.

 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com