Amanat & Pesanan Guru Utama

Kita hidup ni kenalah berjasa. Kalau tak mampu berjasa, maka balaslah jasa. Tapi, kalau tak mampu juga maka kenanglah jasa.

Semasa khatam dulu bukan main lah lagi bersumpah berbai`ah, tapi belum pun berjaya dah menderhaka. Ingat! barang siapa yang taat akan mendapat rahmat, syafaat dan berkat. Tapi barang siapa yang khianat tetap akan mendapat laknat. Barang siapa yang setia, syurgalah balasannya. Tapi barang siapa yang derhaka maka nerakalah tempatnya.

Anakanda semua.. masih ingatkah lagi dengan Surah Al-Fath (10), An-Nisa' (59) dan Al-Imran' (103) ? Sesat dihujung jalan maka baliklah semula ke pangkal jalan. Janganlah kita tamak haloba dengan harta yang tak seberapa dan 'gila glamour' yang takkan kemana dan takkan mulia.. malah bukannya jadi kaya tapi makin jadi papa kedana dan semakin hina.

Contoh dah banyak yang berlaku kan sebelum ini? Sila renung dan fikirkan... 



Comments
0 Comments
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com