Memilikinya Belum Tentu Lagi…

0
بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم



Pada permulaan belajar, tak dapat buat dan ikut apa yang diajar. Selepas beberapa kali sesi latihan, terasa ada kemajuan. Gerakan yang selama ini kekok dan susah untuk dilakukan telah menjadi senang.

Selepas berbulan-bulan berlatih terasa diri semakin mahir dan faham. Gerakan pula semakin kemas, mantap dan cantik.

Setelah bertahun-tahun berlatih, mengajar dan belajar, terasa diri bertambah mantap dan yakin dengan apa yang diamalkan.

Tiba masanya untuk khatam istiadat, dengan jayanya telah berjaya ditempuhi setelah diuji dengan berbagai ujian. Setelah itu maka layaklah untuk membuka kelas sendiri dan mencurahkan ilmu di dada kepada anak murid.

Tetapi memilikinya belum tentu lagi…

Ingat kepada GURU ASAL dan TIDAK MEMUTUSKAN hubungan dengan Guru. Jika suci muhibah dengan Guru, ia akan membuka HIJAB yang mendinding pada pintu YAKIN. Ingat oleh mu, akan bagi ingat yang tiada lupa selama-lamanya ***

Asal-Usul Lian Padukan

5
Lian Padukan diasaskan oleh Guru Tua Mohamed bin Chik atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Mat Kedidi, Ia berasaskan kepada Buah Pukul Mersing yang cukup dikenali di Endau dan Mersing.

“Buah Pukul Mersing adalah berasal dari Buah Sunting dan Buah Sendeng yang mana Sunting dibawa oleh Awang Daik dari Riau dan Sendeng pula dibawa oleh Pak Long Muhamad Yasin Yunus dari Muar kemudiannya telah digabungkan oleh Syed Abdul Rahman Syed Abdullah al-Yunani di bumi Mersing. Maka jadilah ianya Buah Pukul Mersing.Semasa usia muda Pak Mat pernah belajar Sendeng dengan Long Aman di Kuala Sungai Bahru dan Sunting dengan Arwah Pak Manas di Johor Bahru. Di samping itu juga beliau merupakan guru Buah Pukul Mersing. Oleh kerana sayangkan ilmu-ilmu yang dipelajarinya maka hasil perbincangan dengan Mufti Kerajaan Johor ketika itu Dato Hj Ahmad Awang, maka lahirlah Lian Padukan”.

Untuk keterangan lanjut sila lawati : http://www.lianpadukan.com/

Sitemap

0

Penafian

1
Ini adalah laman peribadi dan segala artikel yang diletakkan disini adalah pandangan peribadi pemilik dan tidak melibatkan yang hidup atau yang mati. Jika wujud keadaan sedemikian, merupakan kebetulan sahaja.

Segala kandungan dan pandangan melalui berita, artikel, forum dan/atau perbincangan tidak mandatori dan/atau wajib dan merupakan sekadar panduan dan rujukan pembaca sahaja. Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesan dan/atau akibat/musibah amalan hasil rujukan daripada maklumat di dalam laman ini.

Blog ini juga ada menyediakan pautan kepada laman web lain untuk membantu anda mencari maklumat mengenai topik lain yang mungkin berkaitan. Pemilik blog ini tidak menjamin ketepatan maklumat yang disediakan dalam laman yang dipautkan. Apa jua maklumat, bahan atau kandungan yang dirujuk kepada atau dipautkan dari laman web ini disediakan tanpa pernyataan atau waranti atau sokongan oleh Pemilik blog.

Jika anda memerlukan khidmat nasihat yang khusus sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Ada artikel di sini tidak dapat dikesan penulis asalnya, sekiranya anda adalah penulis asal sila hubungi pemilik untuk dikreditkan.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca halaman ini, kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda.

Amanat & Pesanan Guru Utama

Kita hidup ni kenalah berjasa. Kalau tak mampu berjasa, maka balaslah jasa. Tapi, kalau tak mampu juga maka kenanglah jasa.

Semasa khatam dulu bukan main lah lagi bersumpah berbai`ah, tapi belum pun berjaya dah menderhaka. Ingat! barang siapa yang taat akan mendapat rahmat, syafaat dan berkat. Tapi barang siapa yang khianat tetap akan mendapat laknat. Barang siapa yang setia, syurgalah balasannya. Tapi barang siapa yang derhaka maka nerakalah tempatnya.

Anakanda semua.. masih ingatkah lagi dengan Surah Al-Fath (10), An-Nisa' (59) dan Al-Imran' (103) ? Sesat dihujung jalan maka baliklah semula ke pangkal jalan. Janganlah kita tamak haloba dengan harta yang tak seberapa dan 'gila glamour' yang takkan kemana dan takkan mulia.. malah bukannya jadi kaya tapi makin jadi papa kedana dan semakin hina.

Contoh dah banyak yang berlaku kan sebelum ini? Sila renung dan fikirkan... 



 

Followers

Buku Tamu

 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com