Memilikinya Belum Tentu Lagi…

0
بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم



Pada permulaan belajar, tak dapat buat dan ikut apa yang diajar. Selepas beberapa kali sesi latihan, terasa ada kemajuan. Gerakan yang selama ini kekok dan susah untuk dilakukan telah menjadi senang.

Selepas berbulan-bulan berlatih terasa diri semakin mahir dan faham. Gerakan pula semakin kemas, mantap dan cantik.

Setelah bertahun-tahun berlatih, mengajar dan belajar, terasa diri bertambah mantap dan yakin dengan apa yang diamalkan.

Tiba masanya untuk khatam istiadat, dengan jayanya telah berjaya ditempuhi setelah diuji dengan berbagai ujian. Setelah itu maka layaklah untuk membuka kelas sendiri dan mencurahkan ilmu di dada kepada anak murid.

Tetapi memilikinya belum tentu lagi…

Ingat kepada GURU ASAL dan TIDAK MEMUTUSKAN hubungan dengan Guru. Jika suci muhibah dengan Guru, ia akan membuka HIJAB yang mendinding pada pintu YAKIN. Ingat oleh mu, akan bagi ingat yang tiada lupa selama-lamanya ***

Asal-Usul Lian Padukan

5
Lian Padukan diasaskan oleh Guru Tua Mohamed bin Chik atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Mat Kedidi, Ia berasaskan kepada Buah Pukul Mersing yang cukup dikenali di Endau dan Mersing.

“Buah Pukul Mersing adalah berasal dari Buah Sunting dan Buah Sendeng yang mana Sunting dibawa oleh Awang Daik dari Riau dan Sendeng pula dibawa oleh Pak Long Muhamad Yasin Yunus dari Muar kemudiannya telah digabungkan oleh Syed Abdul Rahman Syed Abdullah al-Yunani di bumi Mersing. Maka jadilah ianya Buah Pukul Mersing.Semasa usia muda Pak Mat pernah belajar Sendeng dengan Long Aman di Kuala Sungai Bahru dan Sunting dengan Arwah Pak Manas di Johor Bahru. Di samping itu juga beliau merupakan guru Buah Pukul Mersing. Oleh kerana sayangkan ilmu-ilmu yang dipelajarinya maka hasil perbincangan dengan Mufti Kerajaan Johor ketika itu Dato Hj Ahmad Awang, maka lahirlah Lian Padukan”.

Untuk keterangan lanjut sila lawati : http://www.lianpadukan.com/
 
 

Copyright 2015 All Rights Reserved Lian Padukan Terengganu by Blogger.com